Thursday, August 30, 2012

Di hari Hujan

Sedang aku boring blog walking, tiba-tiba hujan turun di luar. Aku pun berhenti menggunakan Laptop kerana memang dari dahulu pantang kalau hujan mesti tak jadi guna peralatan elektrik takut kena marah dengan ayah. Tapi itu rasanya waktu guruh je kot, sebab televisyen aku memang selalu tergendala waktu hujan.

Aku pun duduk di sofa sambil memerhatikan keadaan di luar, teringat lagi waktu kecil-kecil dahulu dimana kami tidak mengendahkan hujan dan terus bermain bola di padang walaupun pada hari hujan. Memang best, nikmatnya bila korang boleh lompat-lompat atas padang tu tanpa hiraukan segala jenis kuman yang hinggap pada badan.

Ada pula buka baju, berlari dgn seluar pendeknya sahaja sambil membawa bola. Walaupun balik itu, selalunya bersedia utk dimarahi.

Jadi hari ini sedang boring-boring ini aku pun nak cuba lagi menikmati hujan sesudah lama aku lupa apa rasanya berlari dalam hujan dalam kegembiraan. (selalunya aku pakai payung bila berlari dalam hujan maklumlah taknak demam)

Aku pun keluar dari pintu rumah, melihat kekiri dan kekanan, Yes! tiada orang.

Satu langkah kehujan, separuh badanku basah.
Lagi satu langkah, hampir basah seluruh badanku.
Okay Ready Set Go!



Poon... Toleh ke kiri
Kereta ibuku baru sampai, ibu baru pulang dari kerja
ah sudah..

Tak jadi la nak merasa jadi budak-budak semula :(

9 comments:

  1. follow balik blog ne..buat la contest nanti nak tambah follower..hadiah top up pun jadi la :)

    ReplyDelete
  2. haha okay jugak tu.. nantilah tnggu duit masyuk dulu ;D

    ReplyDelete
  3. jangan main ujan nanti domam...

    ReplyDelete
  4. waktu tgh cuti ni la nk merasa demam hahah

    ReplyDelete
  5. Salam bro.
    Hahaha.. cantik monolog di atas, tak dapat tidak, rasa rindu nk maen hujan mcm zaman budak2 dulu mesti menerjah. Basah kuyup, curi2 masuk rumah dan seprti biasa, kantoi lalu dimarah dicubit ibu.. Apa2 pun tahniah, sempat jgk ko mandi hujan tu yer..

    Salam Merdeka
    Al fatihah utk roh2 pejuang yg terkorban demi agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  6. hahah tu lah kan.. experienced mandi hujan dan balik dimarah ;P

    Alfatihah

    ReplyDelete
  7. best juga men hujan ye.. hehe.. lenkali ye men hujan..

    ReplyDelete
  8. aku kali terakhir main hujan rasanya dalam 2 tahun lepas..pukul 12tghmlm, 3 orang kat taman permainan flat desa mentari..ini memang kitorang niat nak main hujan..punyalah sejuk..sampai menggigil2 duduk kat bawah gelongsor..hehehe

    ReplyDelete