Friday, September 7, 2012

My Trend Bag

Assalamualaikum

Bercakap tentang bag ni, tiba-tiba teringat waktu di zaman sekolah dahulu.
Waktu aku kecil dulu, beg bergambar kartun memang menjadi trend bagi budak-budak sebaya dengan aku.
Bila tengok beg kawan-kawan aku ada yang bergambar Power Rangers bagi si lelaki,
beg Barbie, Hello kitty dan Mickey mouse pula bagi para pelajar perempuan. Lagi-lagi beg beroda yg tidak kurang famous.
Lepas tu terus aku minta nak beg2 mcm tu juga. Seingat aku waktu darjah 3 aku stop gunakan beg bergambar.

Waktu darjah 4 aku dah tak nak beg-beg bergambar lagi, sebab dah matang kan? cewahh..
So ayah aku yang tolong belikan beg, aku cuma setuju je.
Beg pada waktu itu yang kurang bergambar tapi penuh tulisan jenama sebesar-besarnya.
Contohnya aku pernah pakai beg berjenama Bata, adibas(jenama peniru adidas), power dan macam-macam lagi.

Sewaktu berada di tingkatan 2 kawan-kawan aku pernah menggelarkan aku budak B-first.
Kerana hampir keseluruhan diri aku memakai pakaian yg berjenama B-First. Dari ke baju,seluar,beg,kasut sampailah ke pensel case aku. Aku tak kisah sangat waktu tu, sebab kawan-kawan aku pun ada yang pakai beg B-First juga so kiranya aku tak lari dari trend.
Kalau yang kaya-kaya tu lainlah mereka pakai beg adidas, Nike semua.

Waktu form 3, aku minta duit sendiri dengan ayah aku untuk beli beg. Sebabnya waktu tu mana ada lagi budak pakai B-First kan? malu aku semua budak sekarang trendnya bag yg ada tulisan Graffiti, yang style2. Jadi dengan berbekalan duit tu aku pergi sendiri ke Pusat beli blah Giant.

Hasilnya, aku beli beg yg sangat simple. Plain kelabu, tak silap aku ada gambar kecil2 terjelir lidah. Aku tak kisah, sebab bagi aku itulah beg yang paling lawa pernah aku pakai, juga paling mahal balik rumah kena marah dek ayah aku. Tapi aku rajin jaga beg tu, dari ke tingkatan 3 sampai ke tingkatan 5 aku pakai. (sebab lps tu ayah aku taknak belikan beg dah haha)

Itu cerita waktu zaman sekolah dulu, sekarang ni Aku rasa tak kisah pun pakai bag apa, selagi tiada gambar superman, batman mahupun ultraman di beg tu inshaAllah aku boleh pakai.




Tapi nak dijadikan cerita,
Waktu aku berada di lapangan terbang hari itu, aku dikejutkan lagi dengan satu lagi trend bag terbaru. Iaitu 360 degree spinner wheels luggage.
Haa.. tau tak apa tu?
Itulah travel beg yg membolehkan korang berjalan sambil membawa luggage seperti menarik trolley sebab dia ad 4 wheels.

Aku lihat makcik-makcik dan pakcik-pakcik di airport tu semuanya pesen membawa beg tersebut. Aku lihat beg aku sendiri, beg fabric berwarna brown yang besar gedabak tu dan hanya mempunyai 2 roda. Bila aku tarik beg tersebut, bunyinya agak menyakitkan hati..
Aku juga merasakan banyak mata yg melihat, aku agak mereka berkata eh masih ada lagi beg ni di dalam hati..

panjang betul intro..
Aku yang berlagak seperti sudah tidak mengikut trend ni akhirnya kalah juga dengan trend dan aku sendiri beli travel bag seperti itu..

Tu dia, siap bercorak lagi.. actually aku minat corak yg satu lagi,
tapi adik aku ckp tu macam beg perempuan
So aku pun terpaksa confirmkan satu-satu dari dia yg ni okay tak?
yang tu okay tak?
Last2 ni jadi pilihan sebab..... tak mcm beg perempuan kan? (please say tak)


Best beg ni, memudahkan perjalanan kita, tak perlu gunakan apa-apa daya yg kuat untuk menarik. Korang jalan sahaja sambil letak je tgn dkt atas beg tu dan dia akan turut sama berjalan dgn korang.
jadi sudahkah anda dapatkan beg sebegini utk travel?
kalau belum tu maknanya aku tak ketinggalan lagi la

Thursday, September 6, 2012

Perfume

Assalamualaikum.

Hari ini sewaktu aku sedang bershopping aku menaiki elevator, tiba-tiba masuk 2 orang perempuan dalam elevator yg sedang aku aku gunakan tersebut.
Mereka bertudung dan berpakaian alhamdulillah, cantik betul menutup aurat.
Tapi tiba-tiba aku terbau betapa wanginya perfume dia, mashaAllah..

Perfume atau wangian ni tahu tak apa kegunaannya?
Marilah lihat purpose perfume ni,
ianya digunakan untuk memberi kepuasan kepada pengguna serta memberikan lebih confidence,
dan disebabkan ianya berbau wangi, turut mempunyai fungsi lain untuk seduce dan arouse orang yg berada sekeliling kita..
Dalam kata lain juga, perfume ni boleh digunakan untuk menarik nafsu para lelaki.

Kalau kita lihat dari segi scientific, istilah perfume datangnya dari Pheromone. Iaitu bau yang dikeluarkan oleh serangga untuk menarik serangga yang sama spesies untuk berkawan.


Dalam islam pula, memakai wangian bagi seorang lelaki ialah sunnah Rasulullah SAW.
Bagi aku, lelaki memakai wangian ini tak memberikan impak sangat berbanding perempuan yg memakainya. Ye lah kalau aku sendiri sedang solat di masjid, Pakcik sebelah harum berbau wangian, aku sekadar alhamdulillah wanginya. Takdelah pula nak menimbulkan nafus ke apa-apa ke kan? hak2

Tetapi bagaimana pula dengan perempuan?
Hadis nabi ada menyebutkan,
wangian utk lelaki ialah wangian yg jelas baunya, tersembunyi warnanya.
Wangian untuk perempuan pula sebaliknya, iaitu yang jelas warnanya, tersembunyi baunya.

Apa yang kita faham daripada situ, kalaulah seorang perempuan itu ingin menutup bau badannya sekalipun, gunalah produk-produk yang menutup/meneutralkan bau badan kita bukanlah yang mengantikan bau badan kita dengan sesuatu yang lebih harum.

Kerana perempuan yang menggunakan wangian hukumnya haram jika dia ingin menggunakannya dalam tujuan keluar dari rumah.
Allah juga tidak menerima solatnya jika dia pergi ke rumah Allah dgn memakai wangian, melainkan dia pulang dan mandi dahulu.

Dan yang seperti kes terjadi tadi,
Perempuan yang membiarkan bau haruman dari wangian tersebut dihidu oleh lelaki lain,
hukumnya bagi perempuan tersebut ialah seperti dia berzina, nauzubillahi min zalik.

Begitu sekali hukuman yg Allah letak kepada perempuan, bagi aku perempuan itu sudah sangat indah diciptakan Allah rupa paras mereka, juga dikatakan perempuan itu ialah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan ialah perempuan yang soleh.
Jadi tak perlulah lagi menggunakan lebih banyak tarikan untuk menarik lagi si lelaki ini, bak kata Bruno mars, you are beautiful just the way you are.

Kalau nak juga guna perfume macam mana tu?
Haa.. kalau nak guna juga tak salah, guna je dekat dalam rumah..
jika gunakan sewaktu berada bersama suami di dalam rumah hukumnya jadi harus kalau begitu ^^
Sama-sama kita memperingati~

Wednesday, September 5, 2012

100 kali Senyuuum

Assalamualaikum,

Hari ini aku sangat gembira, lepas aku pulang ke rumah tadi aku lihat followers dah pun bertambah ke 100. Alhamdulillah Alhamdulillah. Tersenyum aku non-stop sampai sekarang ni, menaip sambil senyum ni tau.. percaya tak? hak2
Nasib baik takde org kat sini tengok xD (sudah macam kerang busuk)

Aku disini ingin mengucapkan beratus-ratusan terima kasih kepada yang sudi datang membaca, mem-follow, serta meng-comment entry-entry aku.
Jasa baik anda semua amatlah dihargai.
Terima kasih juga kepada Followers yang ke 100 ialah lelamaisara dari blog CUTE MAMA. Kenapa cute? sebab aku rasa baby dia adalah sgt cute, tuan punya blog dan blognya juga memang sepadanlah dengan nama tu.. Eh ni bukan membodek ye, kalau tak percaya pergi lah terjah sendiri ^^


Ini bukan utk kasi, sebab aku sendiri 
ambil dari laman web deviantart je xD
 

Aku tahu bagi sesetengah bloggers, 100 tu memanglah tak ramai, seperti yang aku nyatakan di entry yg lepas-lepas, Beratus Beribu Berjuta Followers.
Namun selepas itu aku dapat komen dari Mr Copy Paste, yang membetulkan pendapat aku.
Kita bloging ni bukan utk cari followers tetapi untuk mencari readers,
kalau ikhlas insyaAllah dapat pakej followers sekali kan?

So aku ubah prinsip aku, kurangkan i follow  u follow tapi cuba juga untuk mengikuti entry-entry yang latest dari blogger ^^
Maklumlah sekarang ni pun sedang cuti semester jadi ada sedikit waktu yang lapang sebelum bermulanya class pada sem yang akan datang. InshaAllah aku akan memperuntukan masa membaca entry yg menarik korang tu.
Jadi tuan-tuan dan puan puan,
Nantikanlah kedatangan saya ya! (cewahh!)