Saturday, October 6, 2012

Siapa nak Doodle-Noodle?

Assalamualaikum,

Happy weekends semua~
Ada apa-apa plan tak untuk weekends ni?

Hari ini aku nak bercakap tentang doodle
Korang tahu kan apa tu doodle?
Doodle ni ialah lukisan simple yg kita lukis,
time guru tengah mengajar kat depan or time boring-boring..
Semua orang reti berdoodle,
tapi tak semua org boleh lukis yg cantik-cantik.

Pernah tak jealous dengan blog-blog
yg comel dengan pelbagai jenis doodle?
Antaranya seperti blog CCI & Kawaii Dysha..
Menarik baca entry2 mereka yg penuh dengan doodle sendiri,
lagi-lagi kalau ada komik.

So weekends ni kalau ada yg tak buat apa2
Apa kata kita cuba buat doodle sendiri nak tak?
Actually bukannya buat sendiri tapi
tetap ada feel kita boleh cipta doodle
seperti yg kita nakkan..

 
Comel tak?
 Ni aku version doodle.. huahua!
 
Aku tak pernah lagi main game dress up,
kecuali yg aku jumpa di deviantart ni,
Menarik juga bila dah cuba tu,
Jadi yg teringin nak cuba tu
jom ikuti doodle di bawah ni:

1. Hetalia Dress up game version 2.
Hetalia versi chibi utk lelaki & Perempuan,
Ada banyak choices of cloths and style..
Kalau nak buat doodle mcm ni,
click banner di bawah:
 
 
 
2. Hetalia Dress up game version 1.
Hetalia versi anime dan chibi utk
character lelaki & perempuan
choices kurang berbanding version 2 di atas tu.
Nak buat doodle jenis ni,
click banner dibawah:
 
 
 
3. Luffy Dress Up game.
Cuma ada character luffy je dgn pelbagai jenis
pakaian utk dicuba ^^
Tapi comel-comel semuanya
Click banner dibawah:
 
 
 
4. Hipster Dress Up Game.
Ni pula ada dua version satu yg lelaki
satu lgi yg perempuan..
Tak byk choices tpi still best
Click banner pilih versi yg mana satu:
 
 
Gambar-gambar yg aku letak
diatas tu semua ialah doodle yg aku buat dlm link tu..
Ada bakat jdi fashion designer tak? Hahaha..
Kalau nak screenshot hasil kita tu:
Alt + Prt Sc --->  Buka Paint ----> Ctrl + V / Paste
 
 
Ada banyak lagi actually,
kalau rajin check je kt deviantart.com
cuma type sahaja Dress up Game mcm-mcm keluar.
Kalau tak rajin ni aku kasi link
dari artist yg sama..
 
 
   
 
 
 
 
Selamat mencuba! ^_^
p/s: All Right reserved to the deviantart artist mentioned above
 
 
 
Aku Malas pun masukkan
doodle aku ni dlm entry dia xD



Thursday, October 4, 2012

1 little 2 little 3 Little Muslim

Assalamualaikum,

Hari itu sedang berblogwalking,
ada blogger memperkenalkan Haddad Alwi,
Maaf aku lupa link blog, kalau tak boleh letakkan sekali di dalam blog ini.
Aku tak pernah lagi dengar lagu Haddad Alwi ni rasanya,
jadi aku pun click cuba try.
Sekali rasa macam familiar pula.

Lepas tu barulah aku perasan,
Haddad Alwi ni ialah org yang pernah
membuat album Nasheed Kanak-kanak,
Cinta Rasul.

Bagi aku lagu nasheed ni makin indah,
dari versi yg pertama yg aku dengar (iaitu waktu kecil2 dulu)
Sebab apa? Dia siap selitkan sedikit Rap
yg mungkin dpt menarik minat bukan sahaja kanak-kanak,
malah golongan remaja..
 

Haddad Alwi - Rindu Muhammad ku..
Lagunya pun dalam versi Arab + indonesia

Lagu yang aku dengar dulu pula,
ialah fully Arab so kitorg menyanyi pun part chorus dia je,
lagi satu waktu ni
Cinta Rasul ada 2 penyanyi vokal utama iaitu
Haddad Alwi dan juga Sulis, gadis perempuan indonesia
yg punyai suara yg sangat merdu.
Cuba try dengar version yg asal di bawah ni


Cinta Rasul - Ya Robbi bil Mustofa
Ya Rasulullah Salamun Alaika

Actually takdelah nostalgic mana pun..
Baru je beberapa tahun kan?
Tapi alhamdulillah, tgk usaha Haddad Alwi tu
dari dulu sampai sekarang masih lagi 
menyebarkan dakwah utk little muslim kita ni ^^

Ini dia Hadid Alwi, rupa dia mcm org Pakistan,
aku pun tak tahu dia berasal daripada mana..
suara dia memang sedap ^^

Ini pula Sulis, sudah dewasa dia sekarang,
waktu Cinta Rasul dahulu kecil molek je dia ni. 

Sebab dulu kalau keluar naik kereta je,
memang CD-CD Nasheed lah yg akan dipasangkan..
Sekarang ni takpe sebab dah ada Ikim.fm
mcm2 nasheed yg latest boleh dgr,
aku yg kadang2 'ter'tukar hitz.fm =.=
selalu kena marah dengan ibu suruh tukar ikim balik..

Orang kata budak-budak ni cepat tangkap,
benda yg dia selalu dengar tu dia akan terikut-ikut.
Jadi waktu dia kecil-kecillah kita kena
selalukan beri dia dengar benda2 yg elok,
seperti nasheed kanak-kanak yg 
sekarang ni makin banyak kan? ^^

Sedangkan my nephew yg kecil lagi tu
boleh menyanyi lagu Big Bang Wow.. Fantastic Baby, dance..
apatah lagi lagu nasheed yg kebanyakannya dlm
Bahasa kita sendiri..

Kalau nak anak kita oversea sikit,
Ada je Islamic children's songs dalam versi Inggeris,
Iaitu dari Yusuf Islam. 
Diantara best seller of Muslim children's Songs.
Dulu aku sangat menyukai semua lagunya,
lebih-lebih lagu dalam albumnya I look I see.
 
Lagunya semuanya dalam bahasa Inggeris + Arabic
Dan menarik-menarik semuanya..
Lagunya antara yg famous dulu ialah My Mother,
selalu dimainkan di kaca TV.


Lagu ni antara yang aku paling suka..
I look I look I see, I see
Sampai sekarang pun suka lagi
children songs ni ^^

Antara lagu-lagu nasheed yg best2
boleh kita share dengan kanak-kanak ^^
 
Raihan, dulu terhafalnya 
nama 25 Rasul pun sebab Nasheed dari Raihan lah..
banyak lagi lagu2 menarik dari Raihan
utk kanak-kanak serta semua golongan ^^

Zain Bhika, zain bhika ni ada juga buat
nasheed songs untuk kanak-kanak,
contohnya lagu Flowers are Red
dan juga Pizza in his Pocket.


Maher Zain, tipu lah kalau ckp tak dgr kan?
Lagu Maher Zain pun best2 
anak saudara aku sorg tu suka nyanyi lagu Alhamdulillah..
Tapi part chorus je lah, dia ulang byk2 kali xD

 
Sekarang ni aku pun kurang up-to-date,
apa lagi eh kumpulan nasheed kanak-kanak yg best sekarang
dekat Malaysia?


Wednesday, October 3, 2012

Jom follow - Aku Cuma Seorang Kulikutif !!! Ohsem giveaway

Assalamualaikum,

Semalam aku ditagged oleh Y U No Dedeq,
untuk join satu GA dari Blogger yg aku kenal juga lah..
Aku mengikuti juga cerita di blog
tuan segmen ni, iaitu Remy Hazza.
Disebabkan dia pun rajin terjah aku,
korang boleh tgk nama dia di bloglist aku.


Nak cerita sikit tentang Remy ni?
haa.. Remy ni orang utagha, samalah kita!
Asalnya dari Taipeng, Perak..
Dia seorang Kulikutif, seperti yg tertera di tajuk GA tu.

Nama sebenar dia aku pun tak tahu,
maaflah Remy..
ke memang nama sebenar Remy Hazza?
Itu tuan blog dia lah yg kena menjawab..

Blog dia selain entry yg menarik,
juga turut boleh membuatkan aku terliur..
Sebab banyak entry dia yg letakkan
gambar-gambar makanan yg menarik gitu..
Dari makanan dalam negara,
hingga lah ke tema luar negara..
So tak rugi pun kita ambil tahu..

Sekarang ni,
aku nak tagged pula dua mangsa..


Ym.Bundle, jangan pulak fikir yg bukan-bukan,
walaupun nama Blog Sampah, entry dia best-best owh ^_^
Seorang yg peramah juga, cuba lah pergi terjah dia
kalau tak percaya..
 
Cik Aini, Blog ni pun best juga..
Ada nasihat dan mcm2 lagi..
Jom lah terjah juga ;D
 
Sama-sama kita ramaikan Follower Remy~
Misi dia ialah utk mendapatkan 1k follower
sebelum tamatnya tahun 2012,
InshaAllah sempat.. ^^
Jom follow mollow