Monday, August 27, 2012

Ar Rahman Ar Raheem

Cerita ini saya dapat dari seorang hamba Allah, Pak Imam A.


Perasan atau tidak, apabila Zakat-zakat dikeluarkan kepada si penerima selalunya wajah-wajah penerima zakat ialah wajah orang yg asing dan wajah yang tak pernah aku lihat sebelum ini di Rumah Allah. Bukanlah ingin mengatakan aku ini seorang yang rajin ke Rumah Allah, nauzubillah.

Alangkah manusia sanggup pergi ke rumah Allah untuk mendapat ganjaran yg berbentuk wang ke sedangkan ganjaran pahala yang lebih banyak nilainya tidak banyak memberi influence kepada mereka.

Pak Imam A ialah antara AJK surau A ini, katanya duit yg dikeluarkan untuk diberikan zakat ini ialah duit dari tabung di surau A juga, makanya mereka ingin cuba mengubah sistem yang mereka jalankan selama ini. Pada kali pertama mereka akan memberi zakat kepada semua orang-orang yang berhak menerimanya, dengan syaratnya mereka harus datang ke surau minimum seminggu sekali. Jika tidak, nama mereka akan dipotong daripada menerima zakat pada akan datang.

Alhamdulillah, benda yang baik ini haruslah dibuat dengan paksaan dahulu, jemaah di surau itu makin ramai semenjak mereka memulakan sistem itu. Ada yang sudah kerap datang, dan inshaAllah bukan lagi kerana paksaan itu lagi hendaknya.

Terdapat satu kes dimana ada satu dari penduduk di kawasan itu, anaknya mempunyai satu penyakit dan dia memerlukan RM24 ribu untuk pembedahan. Apabila berita itu sampai ke Pak Imam A, beliau serta sebilangan ahli surau menziarahinya. Pak Imam A berkata "Kami akan cuba membantu tuan semana yang mampu, dengan syarat tuan harus datang ke surau supaya mendapat lebih sokongan,".

Saudara tersebut kerap datang ke surau selepas hari tersebut, sesudah minggu ketiga, Pak Imam A sendiri mengaku beliau agak panic disebabkan duit derma yg mereka sudah kumpul masih tidak mampu untuk menampung duit pembedahan tersebut. Tiba-tiba, saudara tersebut menziarahi Pak Imam A katanya, pada hari itu hatinya tergerak untuk pergi ke pusat zakat dibawah IJN dan alhamdulillah RM24k itu ditanggung dan dia hanya perlu mengeluarkan sebanyak RM1k untuk pembedahan anaknya.

Walaupun kelihatan seperti ikhtiar dia sendiri, hakikatnya itulah bantuan yang diberikan Allah kepada hambanya yang susah serta tidak lupa meminta pertolongan kepadaNya.
Terdapat banyak lagi kisah-kisah yang aku ingin kongsikan tapi malas untuk menaip xD
Apa yang ingin saya katakan disini ialah, bukan sahaja penerima zakat dari rumah Allah bahkan kita semua janganlah sombong untuk meminta pertolongan daripada Allah, kerana Allah maha pemurah lagi maha penyayang. ^^

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ni first post? muda hijau pucuk pisang lagi la ye blog ni dan blogger nye? ^^, selamat berbloggin ye.

    ReplyDelete
  3. kantoi kat sini .. ko budak pompuan kan kan kan .. ha ha sampai sini aku jejak ko

    ReplyDelete
  4. bile la nak sampai ke sane. bestnyeeeeee. ;)

    ReplyDelete
  5. rezeki boleh dtg dr jalan yg tak disangka2 :)

    ReplyDelete