Amboi, hari ini berani lah pula kan?
Siap nak buat post tentang hantu lagi..
Taklah, korang jangan lah risau..
Aku ni
maklumlah, dalam blog aku ni ada juga yg under 18
kan adik-adik semua? ^_^ (ada kan? kan?)
Aku tahu semua orang pernah dengar Zombie,
atau apa yang aku panggil Hantu Omputih,
sebab hantu ni org putih yg reka.
Zombie ni ialah mayat yg dihidupkan kembali,
dengan menggunakan kegiatan sihir. wAllahualam.
Setakat ni tak pernah jumpa lgi yg live2
Aku pertama kali nampak zombie ialah dalam filem,
Waktu kecil lagi iaitu dalam Pendekar Bujang Lapok.
Tapi mereka gelarkan zombie itu sebagai mambang,
kan ada jampi-jampi mereka tu,
Tapi Zombie dalam tu semuanya kelakar,
tak silap aku mereka siap berjoget lagi..
Lupakan Zombie yg kelakar tu,
Nak cerita tentang Zombie yang menakutkan pula,
waktu tu aku tengok I Am Legend,
dengan jiran-jiran bilik aku..
Kitorang pergi midnight show.
Wa cakap lu, boleh kena heart attack owh..
Suspen dia satu, pastu adegan yg dikejutkan oleh zombie
dalam cerita tu, MashaAllah =.="
Kitorg yg konon2 berani tu terpaksa balik kampus naik teksi
hantar sampai depan kampus lagi.
Lepas tu, terus aku tak layan cerita-cerita zombie ni..
Cerita macam Zombieland, Resident Evil, dan macam2 lagi
(kecuali Zombie kampung Pisang)
Bagi aku mengarut je,
Mana taknya.. tak logik lah kalau ada pula
puak-puak jadi zombie dan ada pula
hero-hero mereka yg xjadi zombie..
Tak lama beberapa tu,
timbul pula Game yg menjadi trend baru di kampusku.
Mana taknya, aku pergi mana-mana bilik
semuanya sedang bermain game Plant VS Zombie.
Aku pun apa lagi, pinjam hardisk dari kawan
dan install di laptop sendiri.
Balik dari kelas, time buat assignment,
game itu lah yg dihadapnya..
Antara ramai-ramai kawan aku tu,
aku yang paling cepat habiskan semua stage.
So aku ni kira pro lah juga antara mereka
Bukannya membangga ke apa, tapi,
Waktu kitorg ada Group Discussion dulu
Adalah budak perempuan yg dlm group sama tu,
dia ckp alang-alang dia bawak laptop tu, dia
mintak aku tlg selesaikan stage yg dia tak lepas..
Aku pun macam hero cowboy meniup bucu pistol lah.
Tapi itu dulu,
game tu famous selama beberapa minggu je..
Lepas tu semua dah tak layan kan?
Sebabnya macam-macam lagi game Zombie
muncul selepas tu..
Antaranya
Zombie Farm, Korang tanam-tanam Zombie
untuk pergi serang tempat lain.
Tak silap aku game ni dlm FB,
sesuai lah utk org2 yg dengki kt orang lain xD
sesuai lah utk org2 yg dengki kt orang lain xD
Zombie Cafe, Korang sediakan makanan utk Zombie.
Dan perbesarkan perniagaan korang..
Zombie Restaurant, macam Zombie Cafe beza dia
Restaurant..
No Zombies Allowed, Ni pula bina tempat
survivor utk pelarian yg selamat dari serangan Zombie.
Tapi..
ini semua Zombie yg friendly punya game..
Nak tau game-game Zombie yg ganas?
Ni ha..!
Gears & Guts, Ni pula game kereta.
Tapi bukan sebarangan game kereta..
Korang akan gunakan kereta yg diupgrade utk langgar Zombie..
fuuh xD
Left 4 Dead, Ni bagi peminat game tembak-tembak,
Macam Counter Strike, Sudden Attack (OKje tau game ni)
Tapi bezanya, ialah kita main tembak-tembak hantu,
jadi bagi yg nak main malam-malam tu
fikir lah sepuluh kali.. sebab seram wooo
Resident Evil, bagi yg dh tgk cerita ni
di pawagam.. game dia berkali-kali ganda lagi takut xD
Silent Hill, aku pernah main yg version
di hospital dan kebetulan waktu malam,
seram betul tpi nasib baik ada adik aku teman haha..
Orang cakap game ni ada unsur iluminati,
wAllahualam aku pun main sekejap je lepas tu tak minat..
Dah macam Penjual Game pula aku ni..
hahah, Actually ada banyak lagi aku pun tak ingat apa lagi
dan dalam byk-byk Game tu
ada satu je game yg aku still main sekarang ni..
Agak-agak game yg mana tu? ;P

























