Friday, September 21, 2012

Acapella

Assalamualaikum,

Agak-agak ada tak yg tak tahu Acapella?
apa tu acapella?

Ianya berasal dari perkataan Italian, A cappella.
Bermaksud "in the manner of the church".
Tapi itu dulu lah,
di mana mereka memainkan music tanpa instrument.
Macam choir, dan juga gospel song.

Begitu juga seperti nasheed, dan seni beatbox
yang selalu kita dengar sekarang,
ianya juga termasuk dalam Acappella.
Music tanpa menggunakan alatan.


Waktu aku sedang boring-boring pun
selalu akan membuat bunyi2 seperti ini..
tapi tak tahu lah kalau tu acapella ke tak
sebab kawan aku yang dengar tu cakap,
kau ok tak ni? dush3 je dari tadi..

So nak tak try dengar macam mana Acapella ni?
Aku nak share juga video Acapella yg best.
Cuba lah try dengar,
mcm-mcm lagu diorg buat dlm satu video pendek sahaja.
Siap ada lagu Michael Jackson dan who lets the dogs out lagi.. xD
  
Orang Digi berwarna putih,
The Voca people perform Acapella xD
lagu first tu tak elok didengar,
tapi lagu lain best2.


Err hodoh sangat ke costume tu?
takpe lah, bukan yg hodoh2 je boleh buat benda ni..
Ini dia, Mike Tompkins.
Youtubers Acapella yg famous siap ada album dia sendiri.
Dah la berbakat lepas tu handsome pula
mana tak ramai peminat kan?


Nak try dengar tak dia buat cover lagu dengan acapella?
tanpa mengunakan instrument,
hanya menggunakan mulut dia sahaja..
Tengok lah bawah ni sekejap ^^

Dia buat cover lagu dari Fun. - We Are Young
 Hebat kan? kalau aku xtgk video dia
mesti aku ingat dia pakai instrument :P

Thursday, September 20, 2012

Aku terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Assalamualaikum,

Hari ini aku ditagged oleh Hainom OKje untuk
segmen Aku terjah! Aku Follow! Apakah itu?
Eh betul ke nama segmen ni?
Segmen ini dihostkan di blog Myideakini [click link utk masuk]


 
Ok so aku kena cerita siki mengenai tajuk tu

Hmmm..
Aku rasa kan..
terjah dan follow ni ialah cara 
untuk naikkan followers lah..
Masuk blog orang then follow blog orang,
dengan harapan orang tersebut akan follow kita balik..

Kalau kita tak yakin dia akan follow kita semula,
maka ditinggalkan pula messege di cbox mereka
seperti "Hi, I follow, u follow back".

Well lain orang lain tujuan berblogging kan?
Ada yang suka buat benda ni sebab tambah traffic,
bila tambah traffic maka banyaklah dpt duit $$$

Bagi yang berblogging just for fun tu,
mungkin lagi best kalau dpt readers more than followers..
Aku pun suka yang ini.


Apa-apa pun, ikut mana satu la yg kita bahagia..

So, aku kena tag 3 bloggers lain pula lepas ni,
yg kena tagged tu harap-harap cepat buat ya takut tak sempat.
Sebab segmen ni tertutup lepas cukup 100 peserta.
Silalah follow blog dia juga kalau sudi~
mudah-mudahan bertambah followers mahupun traffic kita.


 Tagged pertama ialah Shinji,
sebab dia dah lama tak update..
syg sgt kt burger lava tu sampai
tak snggup update agknya xD 

 Tagged kedua ialah Mr She,
Katanya tiada mood utk update,
terpulanglah kalau dia ad mood utk join segmen ni or not ^^


Tagged ketiga ialah Linn Si Pipi Merah,
sebab dia pernah tag aku sekali dulu,
walaupun dia ni rajin buat entry xD
mana lah tahu berminat nk join segmen ni..
 


Doraemon Si Kucing Robot

Assalamualaikum,

Wahh semangat keDoraemon betul aku harini
Siap letak lagu Doraemon lagi bagai.. ada apa ni?
Apa lagi tak lain tak bukan,
Sempena hari ulangtahun doraemon lah~

Actually tarikh lahir Doraemon ialah 3 September 2112.
(dh lama lepas dh pun tapi baru hari ni nk hapdate lol)
Jadi maknanya Doraemon lahir 100 tahun pada masa akan datang.
Sebab itulah mereka sambut event,
"100 Years Before the birth of Doraemon".




Aku rasa semua orang kenal Doraemon kan?
Doraemon ini ialah watak kucing Robot
yang dilukis oleh Fujiko F Fujio.
Dah mati pun pelukis dia ni.

Bagi yang tak tahu tentang Doraemon.
Doraemon ni datangnya dari future 22nd Century,
dihantar oleh cucu-cicit Nobita untuk
mengubah nasib kehidupan keluarga mereka..
(Nobita pula ialah watak utama lelaki yg bermasalah)

Doraemon menyimpan di dalam poketnya, alatan yg canggih
dari masa akan datang.
Tetapi Nobita pula tersalah gunakan fungsi alatan tersebut,
yang akhirnya menyebabkan dia juga yg bernasib malang.
Jadi dari situlah byknya adegan-adegan yang menarik.


Gambar exhibiton 100 Years Before the Birth of Doraemon
dari Google.
Nampak begitu meriah sekali.
Ramai juga ya peminat Doraemon ni.


Aku waktu kecil dulu,
memang minat baca komik Doraemon.
Kesian ibu aku yg asyik kena tolong belikan..
Tapi komik-komik yg dikumpulkan
entah mana perginya..

Anime Doraemon juga pernah disiarkan dalam NTV7.
(tak tahu pula sekarang ada lagi ke tak)
Tapi dia buat tu memang betul-betul pada waktu Maghrib.
So waktu nak solat maghrib, wktu tu la Doraemon disiarkan.
Kadang2 terkejar-kejar solat sbb nak tgk
Doraemon punya pasal haha.


Cawan Doraemon + Dorayaki xD
Konon2 nak try rasa Dorayaki, sekali gigit
Ya Allah tak sedapnya, inti kacang merah pula tu.. =.=
dh lah beli sampai 2, membazir pula aiyoo 





Lagu Doraemon di awal animenya ^^
(tutup music Doraemon di background kalau mahu dgr)