Thursday, September 6, 2012

Perfume

Assalamualaikum.

Hari ini sewaktu aku sedang bershopping aku menaiki elevator, tiba-tiba masuk 2 orang perempuan dalam elevator yg sedang aku aku gunakan tersebut.
Mereka bertudung dan berpakaian alhamdulillah, cantik betul menutup aurat.
Tapi tiba-tiba aku terbau betapa wanginya perfume dia, mashaAllah..

Perfume atau wangian ni tahu tak apa kegunaannya?
Marilah lihat purpose perfume ni,
ianya digunakan untuk memberi kepuasan kepada pengguna serta memberikan lebih confidence,
dan disebabkan ianya berbau wangi, turut mempunyai fungsi lain untuk seduce dan arouse orang yg berada sekeliling kita..
Dalam kata lain juga, perfume ni boleh digunakan untuk menarik nafsu para lelaki.

Kalau kita lihat dari segi scientific, istilah perfume datangnya dari Pheromone. Iaitu bau yang dikeluarkan oleh serangga untuk menarik serangga yang sama spesies untuk berkawan.


Dalam islam pula, memakai wangian bagi seorang lelaki ialah sunnah Rasulullah SAW.
Bagi aku, lelaki memakai wangian ini tak memberikan impak sangat berbanding perempuan yg memakainya. Ye lah kalau aku sendiri sedang solat di masjid, Pakcik sebelah harum berbau wangian, aku sekadar alhamdulillah wanginya. Takdelah pula nak menimbulkan nafus ke apa-apa ke kan? hak2

Tetapi bagaimana pula dengan perempuan?
Hadis nabi ada menyebutkan,
wangian utk lelaki ialah wangian yg jelas baunya, tersembunyi warnanya.
Wangian untuk perempuan pula sebaliknya, iaitu yang jelas warnanya, tersembunyi baunya.

Apa yang kita faham daripada situ, kalaulah seorang perempuan itu ingin menutup bau badannya sekalipun, gunalah produk-produk yang menutup/meneutralkan bau badan kita bukanlah yang mengantikan bau badan kita dengan sesuatu yang lebih harum.

Kerana perempuan yang menggunakan wangian hukumnya haram jika dia ingin menggunakannya dalam tujuan keluar dari rumah.
Allah juga tidak menerima solatnya jika dia pergi ke rumah Allah dgn memakai wangian, melainkan dia pulang dan mandi dahulu.

Dan yang seperti kes terjadi tadi,
Perempuan yang membiarkan bau haruman dari wangian tersebut dihidu oleh lelaki lain,
hukumnya bagi perempuan tersebut ialah seperti dia berzina, nauzubillahi min zalik.

Begitu sekali hukuman yg Allah letak kepada perempuan, bagi aku perempuan itu sudah sangat indah diciptakan Allah rupa paras mereka, juga dikatakan perempuan itu ialah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan ialah perempuan yang soleh.
Jadi tak perlulah lagi menggunakan lebih banyak tarikan untuk menarik lagi si lelaki ini, bak kata Bruno mars, you are beautiful just the way you are.

Kalau nak juga guna perfume macam mana tu?
Haa.. kalau nak guna juga tak salah, guna je dekat dalam rumah..
jika gunakan sewaktu berada bersama suami di dalam rumah hukumnya jadi harus kalau begitu ^^
Sama-sama kita memperingati~

79 comments:

  1. penerangan yang sgt jelas :) kadang-kadang kita (pmpn) terlepas pandang terlalu inginkan kesempurnaan dan juga sebab nye dimana bila kita wangi menambahkan lagi keyakinan.tapi kalo diingatkan selalu dengan entri mcm ni confirm beringat dan tak terlepas pndg da lps ni :)

    ReplyDelete
  2. yea betul,p bhye pempuan pakai wangi wangian nanti ngundang nafsu =.=

    ReplyDelete
  3. sampai untuk suami, cukuplah~ (^_________^)

    ReplyDelete
  4. tapi akk jenis yg x leh bau wangian yg kuat sgt ! .. fenin huhuh

    ReplyDelete
  5. tips hebat :
    perfume jenis roll-on boleh juga digunakan sebagai deodoran di saat2 kecemasan. ekekeke~!

    ReplyDelete
  6. tetapi tidak ramai lelaki yang menggunakan perfume, true story :)

    ReplyDelete
  7. betul jugak tu kan. mengundang bahaya sebenarnya. tq utk peringatan. ;)

    ReplyDelete
  8. sekarang ni produk2 yg mencegah bau badan pun kadang2 ditambah dgn pewangi sekali...huhu
    alaaa kalau nak senang bubuh je la softlan kat baju...kompem wangee..err boleh kan??


    anyway tq for reminding.. :)

    p/s :baru saya tau tuan blog ni seorang lelaki rupenye...ehehe..

    ReplyDelete
  9. nasib lah nana memang spesis tak suka pakai perfume. huuu

    ReplyDelete
  10. perkongsian dan peringatan berguna,ramai tahu akan hal ni tapi buat2 tak tahu.

    ReplyDelete
  11. wahh ! hebat ko sampai dari mana asal usul dia pun ko tahu.. tapi ye la sebagai permpuan aku kena mengaku yang aku suka perfume, tapi perfume aku taklah kuat baunya.. biasa2 je.. aku beli yang 5 ,6 ringgit punye je :)

    ReplyDelete
  12. Huhu Mujur tak suka pakai minyak wangi.. Bagus perkongsian ni...

    ReplyDelete
  13. tp x salah jika kita pakai sedikit sahaja... tuk mengelakkan bdn yg berbau tengit.. payah jugak.. tp x de lah sampai menikkan nafsu kot..:)

    ReplyDelete
  14. Pakai perfume itu keperluan, nanti karang orang tak nak dekat pasal badan bau tengik. Huhu. tapi jangan la melampau sampai orang sekeliling pun boleh detect brand apa, bau macam mana, haha.

    ReplyDelete
  15. betul!
    kalau perempuan pakai minyak wangi yg terlampau wangi..
    memang x dapat nafi boleh merangsang nafsu lelaki...

    tapi nasib wa tak..eh? :P

    ReplyDelete
  16. guna perfume utk suami..biar suami je yg bau..awww~romantis gitu :)

    ReplyDelete
  17. SIB BEK LA AKU NI JENIS PKAI DEODORENT N BODYSPRAY JE .. HAHAHA ..

    (tipu2 je)

    ReplyDelete
  18. benar tuh tapi masih menjadi kemestian plak memakai wangian..

    kita plak memang jenis hantu parfume..insyaAllah kita akan cuba mana yang terbaik..

    terima kasih untuk pandang tersebut..

    ReplyDelete
  19. wah, dah semakin bertambah jumlah pengomen kat sini..heheh..mujur dah turn off word verification tu :)

    ReplyDelete
  20. Tq untuk peringatan ni ye dik...bagus entry ni..

    ReplyDelete
  21. psst: nak cakap sikit ni, blog ni masuk blog roll September

    ReplyDelete
  22. terbaek la bro.. mohon copy untuk sharing. :)

    ReplyDelete
  23. betol..tu..wangi untuk suami shj....elok saja kalau keluar rumah sekadar pakai deodorant sahaja...taklah kuat sgt baunya berbanding minyak wangi..

    ReplyDelete
  24. Ck be - Bau perfume ni kadang2 tu membekukan memori dan ada sentimental value trsendiri.

    Aku dari dulu smpai skrang, cuma kenal Ck be aje. Ada yg tegur yg bgtau, jenis bau perfume aku tu utk org xde citarasa. Aku langsung xkisah. Yang penting, aku selesa dgn bau tu..

    ReplyDelete
  25. sangat berat hukumnya..baru ayutahu..huhu

    ReplyDelete
  26. tq berkongsi, ramai yg masih x tau ni!

    ReplyDelete
  27. ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌
    Itu lah.. kdg2 minyak wangi ni menjadi pelengkap selepas bersolek kaum2 perempuan,
    alhamdulillah kalau mcm tu ^^

    ReplyDelete
  28. |ieda|
    hahah sama lah, tapi kalau minyak wangi yg dlm botol2 kecil tu selalunya bau dia taklah memeningkan sgt ;D
    yg memeningkan bila perfume yg beratusan harga tu mcm2 bau ada xD

    ReplyDelete
  29. |Nadia|
    haha xpernah tau plak ada perfume roll-on xD

    ReplyDelete
  30. |Firdaus|
    yup true..
    Kalau pakai perfume plak, nanti dorg ckp macam perempuan.. hai

    ReplyDelete
  31. |fifie|
    wangi di baju ni lain mcm wangi dari perfume kan?
    selagi kita tak bau dari dekat inshaAllah tak sampai baunya..

    hahah aku lelaki la xD

    ReplyDelete
  32. |fadh|
    sama2 lah memperingatkan yg buat2 tak tahu tu kan? ;D

    ReplyDelete
  33. |izzati|
    tak dinafikan ;D
    kdg2 pergi kelas waktu pagi tu.. bila nak pergi sarapan di cafeteria mcm2 bau perfume boleh bau.. tak tahu datangnya dari yg mana satu..

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. |cci| |fifie|
    nafsu si lelaki ni 1 manakala akalnya 9.. jadi mereka lebih byk berimaginasi sebab tu benda2 mcm ni pun boleh mendatangkan nafsu kepada mereka.
    kalau nk pakai juga pastikan betul2 tiada bau yg pergi ke sekeliling anda :D

    ReplyDelete
  36. |yoon|
    baguslah.. mana perginya link utk ke blog kau eh?
    tak dpt nak visit balik sebab private profile kau

    ReplyDelete
  37. |Raimi|
    Ck be eh? mcm pernah dgr je ;D
    minyak wangi yg aku pakai selalu takde brand, yg murah2 je pun ;D

    ReplyDelete
  38. |KA|
    alamak ye ke? igtkan ramai dah yg tahu ni :O

    ReplyDelete
  39. penerangan yg sangan terperinci....
    sy ni kurang gemar pakai minyak wangi...

    ReplyDelete
  40. penerangan yg sangan terperinci....
    sy ni kurang gemar pakai minyak wangi...

    ReplyDelete
  41. perkongsian yg snagat bgus.hehehe
    hurmm yeah edy pkai perfume dr form 4 tak penah tukar lain..make it as identity

    ReplyDelete
  42. terima kasih kerana sudi mengingati

    ReplyDelete
  43. Nak pakai perfume tu tak salah. Tapi biarlah berpada-pada, jangan berlebih-lebih sudah lah.

    ReplyDelete
  44. bau badan asli aku itulah lah perfume aku...:P bangga2x

    ReplyDelete
  45. hehe..ciksu suka pakai perfume masa nk tido je..sbb tok suami..
    g keje just pakai deodoran j..

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/moh-jamu-mata.html

    ReplyDelete
  46. err. hmm tulahh df dah tau lama. tapi tak tau mcm mna nak mneutralkan BAU tu huhuhu

    ReplyDelete
  47. sebab bau badan kuat sgt kot,sbb tu pakai perfume kuat bau die.. hehehe

    ReplyDelete
  48. yang orang marah tu lah yang diorang nak pakai jugak...

    agaknye bau tubuh diorang kuat sangat kot..jadi nak cover...

    ReplyDelete
  49. |Masz|
    Oh bagus tu..

    |Edy|
    bagus tu.. dulu pernah juga cuba pakai tapi kawan tegur, waktu tu tak tahu lagi benda2 mcm ni kan? xD

    |MamaEma|
    sama2 ^^

    |Mieya|
    Jgn dibiarkan baunya yg boleh dihidu oleh org lain ;D

    |leaked|
    hahah kau lelaki harus pakai perfume

    |Qaseh|
    Alhamdulillah

    |Detective|
    hahah mungkin seperti ramai blogger ckp lebih baik pakai deodorant.. ataupun gunakan sabun ketika mandi kerana baunya lekat di badan sahaja..

    |Shinji|
    Mungkin juga xD

    |Eita|
    semoga mereka sedar ;D

    ReplyDelete
  50. saya setuju dengan pengunaan perfume yg menyerupai bau wangian biasa atau natural scent. jika tak guna perfume, kurang keyakinan diri bagi seorang pompuan, guna prefume yang sederhana bau yang bau natural lebih sesuai. asalkan takde unsur alkohol tapi sukar dielakkan.

    part nafsu tu, bukan ke tu lelaki? lol. nafsu pelah yg mungkin wujud everything's everything. lol.

    ReplyDelete
  51. susah betul nak ajar orang dewasa...tahu sal hukum tapi buat ndak taw je

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum Kakak . Saya ada something untuk kakak di blog saya :) tengoklah kalau sudi :D

    ReplyDelete
  53. @Apple

    haha betul tu, aku tak rasa ada perfume yg smell-less xD
    Alcohol tu tak mengapa, sebab dia menggunakan unsur tumbuhan jadi tak menjadi masalah..

    Eh lol.. Aku xtau kalau perempaun akan timbul nafsu bau perempuan lelaki..

    @Kancil
    Betul juga tu.. wAllahuam kita cuma menyampaikan yg sudah tau tapi tak mau mengikut tu soal dia dgn Allah ^^

    @Hamini
    Eh terus jadi kakak pula T.T
    Aku ni lelaki sejati owh haha

    ReplyDelete
  54. ramai sgt org yang terlepas pndg bende ni kan. saling mengingati. insha Allah. ;)

    ReplyDelete
  55. Emmm...pakai minyak yu yi cap limau aje le...he..he... wangi jugak!

    ReplyDelete